Who's with me ? ? ?

Sunday, 22 December 2013

Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran SPA-KKM

Assalamualaikum, selamat pagi, jam dah 2.38am, tapi belum mngantuk lg ni. Binggung jgak coz mnggu dpn dah balik kolej, uruskn perihal intake pelatih baru ambilan Januari 2014 ni. Kalau masa tidur dh xbetul  confirm nnti sengsara kot bila tiba masa balik nak set "biological clock" kata orang. . . .ahahah
Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftaran dan Orientasi ambilan Januari 2014
Selepas meeting Jawatankuasa Pendaftaran dan Minggu Masyarakat Pembelajaran (orientasi) hari selasa lepas bersama pengarah beberapa keputusan telahpun diambil.


Maklumat rasmi pelatih ambilan januari akan diterima tidak lama lagi akan tetapi Bahagian Pengurusan Latihan telahpun memaklumpak bahawa sejumlah 89 pelatih Diploma Kesihatan Persekitaran dan 60 pelatih Sijil Pembantu Kesihatan Awam akan diambil dan diuruskan untuk ambilan kali ini.

Akan tetapi, tujuan post saya pada kali ini bukan bertujuan untuk menceritakan bagaimana saya akan menjalankan tugas mengendalikan pendaftaran dan orientasi buat kali ke-3 sepanjang saya menuntut di kolej ini. Atas desakan orang ramai, saya akan menceritakan tentang Kursus latihan ini iaitu Diploma Kesihatan Persekitaran, Latihan Separa Perubatan SPA-KKM
Saya akan menceritakan tentang Kursus latihan ini iaitu Diploma Kesihatan Persekitaran, Latihan Separa Perubatan SPA-KKM
Seperti yg kita tahu, apabila dengar sahaja Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, (SPA) maka apa yg terlintas difikiran yg pertama sekalinya ialah peluang perkerjaan, peluang untuk berkhidmat kepada kerajaan melalui kementerian2 tertentu. Maka apabila Latihan Separa Perubatan diadakan, para pemohon akan diberi latihan untuk menjadi kakitangan awam dalam bidang kesihatan di KKM. Pelatih yang berjaya lulus hingga tamat tempoh latihan akan dilantik terus untuk mengisi kekosongan dalam KKM seperti Pen Pegawai Kesihatan Persekitaran, Jururawat Masyarakat, Pen Pegawai Perubatan, Pen Pegawai Farmasi, Jururawat dan sebagainya. Namun setiap kursus mungkin berbeza dari segi gred gaji apabila tamat latihan nanti (yg ditentukan dgn kursus latihan spt sijil dan diploma).
Baiklah, kembali pada tujuan post yang asal, ramai juga yg dah mesej, bertanyakan saya tentang Diploma Kesihatan Persekitaran ini. untuk makluman saudara/saudari, Kursus latihan ini hanya ditawarkan di 2 buah Kolej Latihan (ILKKM) iaitu di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh, Selangor dan kolej aizat iaitu di Kolej Kesihatan Awam Kuching, Sarawak.
Kursus latihan Pen Pegawai Kesihatan Persekitaran adalah bertaraf diploma dimana apabila dilantik kelak adalah pemegang gred U29 kakitangan awam KKM.
Tempoh latihan adalah selama 3 tahun (6semester), 2tahun(4semester) latihan adalah di kolej/Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) dan tahun ke-3(Semester ke-5 dan ke-6) di Pusat Latihan Amali (PLA) berhampiran dengan bandar/daerah pelatih untuk memudahkan pelatih kelak.
Subjek2 sepanjang tempoh latihan bergantung kepada semester pengajian pelatih. Subjek asas seperti Kimia, kimia organik, fizik, mikrobiologi, matematik,Pengenalan kepada Kesihatan Persekitaran, Pengenalan kepada Teknologi Makanan adalah subjek utama pada semester 1 dan 2. Pada semester 3 dan 4 pelatih akan didedahkan dengan lebih mendalam dalam bidang kerjaya sebagai seorang Pen Pegawai Kesihatan Persekitaran melalui subjek2 seperti Keselamatan dan Kualiti Makanan, Perundangan Kesihatan, Prosedur Perundangan, Toksikologi, Epidemiologi dan Biostatistik, Kolam dan Rekreasi Air dan beberapa subjek lagi. 

Hal ini adalah untuk mempersiapkan diri pelatih untuk Latihan Amali pada tahun ke-3 nanti dimana pelatih akan lebih banyak melakukan aktiviti hands-on, seperti dalam alam pekerjaan yang sebenar-benarnya apabila telah dilantik kelak.
Selain daripada tahun ke-3, pelatih juga didedahkan secara amali tentang bidang kerja oleh pengajar2 klinikal setiap semester berkenaan subjek yang dipelajari pada semester berikut. Pengajar klinikal akan mengajar pelatih lebih awal kemahiran2 yg perlu dikuasai oleh pelatih sebelum di PLA pada semester 5 dan 6 nanti.

Amali pengurusan jenazah berpenyakit STD bersama PKB Kuching

Berpeluang melakukan Semburan Ruang Thermal (fogging) semasa Amali di Lundu

Melakukan pemeriksaan pada Kelambu setelah dipasang untuk kajian entemologi

Menjalankan kiraan dan kenalpasti sampel kajian entemologi nyamuk
Buku Log Penempatan Pra-klinikal Tahun 2 Semester 1 (semester ke-3 pengajian)

Gambar2 seperti yang diatas adalah antara aktiviti amali yg diadakan oleh saya pada semester lepas (semester 3). 
Pada semester 2 yg lalu, saya sendiri berkesempatan untuk melakukan latihan Pra-klinikal di PKD Daro.


Penempatan Pra-klinikal pada Semester 2

Rupa dah ade dh nak jd PPKP aizatkushairi

Setelah mengkaji lokaliti dibawah jagaan/seliaan PKD Daro, membentangkan kepada assisnt Chief
Secara ringkasnya setiap semester 1-3 pelatih Pen Pegawai Kesihatan Persekitaran seperti saya akan ada:
- Minggu pembelajaran hingga 3-4minggu selepas peperiksaan pertengahan semester.

- Peperiksaan Pertengahan semester setiap kali selepas cuti pertengahan semester.
- Minggu Amali kebiasaanya 2 minggu sebelum Peperiksaan Akhir. Amali diadakan samaada melalui travelling atau amali didalam kolej sahaja.
Di tapak empangan bekalan air Gravity Feed System (GFS) Kampung Mujat

Empangan yang menyalurkan air kepada seluruh penduduk Kpg Mujat

Amali ukur aras dan pemetaan

Plotting hasil cerapan ukur aras dan pemetaan di sepanjang laluan GFS Kpg Mujat

- Minggu Peperiksaan Akhir kebiasaanya hanya 10-16 hari dan diakhiri dengan taklimat Pra-klinikal oleh koordinator batch/ambilan masing2
- Penempatan Pra-klinikal untuk pelatih semester 1,2 dan 3 dimana tempoh pra-klinikal bagi semester 1 adalah 1 minggu dan semester 2 dan 3 selama 2 minggu. Modul akan diberi oleh koordinator batch/ambilan masing2.

Sebagai seorang senior didalam kursus latihan ini, saya berharap post saya kali ini sekurang2nya membantu anda untuk mengenali serba sedikit tentang latihan PPKP@HealthInspektor@InspektorKesihatan.

Jika anda ditawarkan ke latihan ini, Selamat datang saya ucapkan dan semoga kita berjaya memartabatkan karier sebagai seorang Pen Pegawai Kesihatan Persekitaran :D

"Jack of all trade, Master in none"

14 comments:

  1. assalamualaikum,sy ditwarkan dlm bidang ini utk di temuduga,,boleh tak saudra berkongsi soalan yang berkaitan dengan bidang ini,,utk lbeh memudahkan sy utk mncri maklumat berkaitan dgn bidang ini,,terima kseh

    ReplyDelete
  2. assalam .. pembelajarannya dalam bahasa inggeris atau bahasa melayu ?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. . Saya ditawarkan IK untuk ambilan Jan. Saya dari sabah,so kemungkinan d Sarawak la tu kan ? Kalau ada wechat , noleh add saya ? ID wechat azizan95 . Mau tanya pasal silibus

    ReplyDelete
  4. keutamaan ni pd lelaki ke? saya ada dapat interview pd 6/4/2015 ni.. tak tau nk pilih apa.... interview kali kedua ni

    ReplyDelete
  5. keutamaan ni pd lelaki ke? saya ada dapat interview pd 6/4/2015 ni.. tak tau nk pilih apa.... interview kali kedua ni

    ReplyDelete
  6. bpleh share pasal soaln iv berkaitan bidang ni dan adakah keitamaan bidang ni pd lelaki shj? mohon penjelasan trimas

    ReplyDelete
  7. Hai selamat pagi sy dapat panggilan intervie bagi Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29. ne dikira first time dpt jawatan ne. boleh tolong share pengalaman sapa-sapa yang pernah dapat tmuduga ne?? Tq

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.
    Saya miza. Saya ada temu duga next week jumaat ni. So pilihan utama saya nak jadi Inspektor kesihatan. Apa yang saya tahu, perempuan susah nak jadi IK. Boleh bagi tips macam mana nak berjaya IV walaupun saya perempuan?

    ReplyDelete
  9. salam.klu dilihat pd kehendak profesion skrg ni,xde beza lelaki atau perempuan.nurse pn dah ade lelaki,ma pn dah ade perempuan.ik ni dh lama ambik pengambilan perempuan.yg penting sekali kita kena tau skop kerja setiap paramedik ni apa sblm IV.bila dh tau skop keja masing2,akan memudahkan sesi soal jwb.dlm masa yg sama sedikit sebanyak kita tau apa keja kita nanti bila dah grad.alam belajar dgn alam pekerjaan adalah sgt berbeza.jd,semasa bergelar pelatih,belajar jgk la bagaimana utk menghadapi situasi dgn org awam

    ReplyDelete
  10. Salam, im azza, asking on behalf of my friend. Currently he's working as a PKA at PKD. He already applied for further study as an IK but most of his applications been rejected. May I know the qualification to be an IK?

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum, lepas praktikal ni terus dapag kerja ka? atau menanggur dulu?

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum, lepas praktikal ni terus dapag kerja ka? atau menanggur dulu?

    ReplyDelete